Sunday, December 22, 2013

Dividen dan Bonus ASB 2013

Alhamdulillah syukur....

ASB UMUM AGIHAN PENDAPATAN 7.70 SEN SEUNIT DAN

BONUS 1.00 SEN SEUNIT

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat milik penuh

Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan agihan

pendapatan sebanyak 7.70 sen seunit dan bonus 1.00 sen seunit bagi

SkimAmanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir

31 Disember 2013.Peruntukan bagi pengagihan pendapatan itu membabitkan

pembayaran sebanyak RM9.38bilion, iaitu peningkatan sebanyak 17.4%

berbanding dengan RM7.99 bilion yang dibayar pada tahun 2012.


Peruntukan bagi pembayaran bonus pula membabitkan jumlah sebanyak

RM706.88 juta, iaitu peningkatan sebanyak 3.84% berbanding dengan

RM680.73 juta yang dibayar pada tahun 2012 oleh PNB.


Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, pembayaran itu akan

memberi manfaat kepada 8.26 juta pemegang unit yang melanggan 127.2

bilion unit ASB.Jumlah pendapatan kasar ASB pada 31 Disember 2013

dijangkakan sebanyak RM9.92 bilion.Pendapatan dividen yang diterima

daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM4.41

bilion atau 44.5% daripada keseluruhan pendapatan kasar, manakala

pendapatan daripada keuntungan jualan saham menyumbang sebanyak

RM4 bilion atau 40.3%. Selebihnya, iaitu RM1.51 bilion atau 15.2% adalah

daripada lain-lain pendapatan. Pengiraan pengagihan pendapatan ini adalah

berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan

sepanjang tahun kewangan ASB yang berakhir pada 31Disember 2013.

Pengiraan bonus pula dibuat berdasarkan kepada purata baki pegangan

minimum bulanan bagi tempoh 10 tahun dari tahun 2004 sehingga tahun 2013.

Pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus bagi tabung ASB akan

dikreditkan secara automatik ke dalam akaun para pemegang unit.

Para pemegang unit boleh mengemaskinikan buku pelaburan ASB

masing-masing di Ibu Pejabat, pejabat-pejabat atau ejen-ejen ASNB di


seluruh negara mulai 2 Januari 2014.

Semua urus niaga bagi ASB di Ibu Pejabat ASNB, pejabat-pejabat ASNB

dan ejen-ejen ASNB telah ditangguhkan pada 22 Disember 2013 sehingga

1 Januari 2014 bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus.

ASB adalah sebuah tabung ekuiti pendapatan berharga tetap yang disasarkan

kepada Bumiputera berumur 6 bulan ke atas.

Sasaran tabung ASB ialah menjana pulangan jangka panjang yang konsisten

dan kompetitif kepada pemegang unit dan pada masa yang sama, memastikan

pengekalan modal pada tahap risiko yang munasabah.

Dikeluarkan oleh:PERMODALAN NASIONAL BERHAD
Sumber : http://www.asnb.com.my/news/asb_pendapatan2013.pdf

No comments:

Post a Comment