Sunday, December 22, 2013

Kelebihan Solat

1. Mematuhi perintah Allah S.W.T.
 "Dirikanlah solat daripada sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah solat) Subuh. Sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan (oleh Malaikat)."
Surah Al-Israa':78

2. Mengikut sunnah Nabi s.a.w,
" Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku sembahyang."

3. Mendirikan agama iaitu berasaskan Rukun Islam:
  • Mengakui tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan sesungguhnya  Muhammad itu Pesuruh Allah
  • Mendirikan solat
  • Puasa di bulan ramadan
  • Mengeluarkan zakat
  • Menunaikan haji bagi yang berkemampuan
(HR Bukhari dan Muslim)

4. Hilang sifat resah dan gelisah
Firman Allah s.w.t di dalam Al-Quran (Surah Al- Maarij:19-23):
"Sesungguhnya manusia dijadikan bersifat gelisah, apabila ditimpa ujian, mereka gelisah, jika mendapat harta mereka enggan bersedekah kecuali orang yang sembahyang dan terus menerus mengerjakannya"

5. Mendapat ketenangan dan ketenteraman
Sesungguhnya sembahyang juga bermaksud doa atau memohon kebajukan serta kepujian.

6. Terhindar daripada perbuatan keji dan mungkar
"Dirikanlah sembahyang, sesungguhnya sembahyang itu boleh mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.
(Surah Al-Ankabut;45)


No comments:

Post a Comment