BRACES

Type Of Braces ( Jenis Pendakap Gigi)


1. Metal Braces



Metal braces atau pendakap gigi logam adalah jenis yang biasa digunakan oleh pelanggan di Klinik Pergigian Syarifah. Kami menggunakan bracket braces dari jenis lotus atau 3M yang menjamin keselesaan anda dan paling penting menjamin keberkesanan rawatan agar gigi dapat diatur dengan lebih cantik. Jenis braces ini adalah amat paling selesa,cekap, dan terkini. Ramai pesakit menikmati pemakaian braces kerana boleh mempunyai bracket braces yang berwarna-warni apabila meletakkan elastics berwarna (gelang getah) yang diletakkan atas pendakap mereka. Ia seterusnya dapat mengekspresikan kehidupan sesuatu yang amat teruja dan seronok dengan memakai braces. Warna braces dapat ditukar pada setiap kali kunjungan ke klinik atau apabila mendapatkan rawatan.



2. Clear Ceramic Braces

Pendakap gigi seramik atau seramic braces diperbuat daripada bahan yang kurang kelihatan pada gigi berbanding metal braces. Ia kadang-kadang seperti si pemakai tidak memakai braces.Atas sebab ini, seramic braces banyak digunakan terutamanya remaja dan pesakit dewasa yang mempunyai masalah gigi kosmetik. Seramic braces merawat gigi anda dengan menggunakan cara yang sama seperti metal braces. Clear ceramic braces juga sangat selesa untuk dipakai dan sangat cekap untuk menampakkan hasil pada gigi anda.


3. Self Ligating Brackets


Perkembangan terkini dalam orthdontics adalah self ligating brackets di mana bracket ini dapat berfungsi tanpa gelang getah elastic (rubber band). Namun, rubber band masih boleh diletakkan atas kehendak pesakit.Melalui kombinasi dengan wayar berteknologi tinggi, braces ini menggunakan daya yang lebih lembut ke atas gigi selain tempoh rawatan yang lebih pendek masa serta kesan yang lebih memberansangkan. Hasilnya adalah senyuman yang indah dan estetika muka yang lebih menarik terbentuk.

No comments:

Post a Comment